Friday, February 19, 2010

PELAN PEMASARAN A


PENGENALAN

Asas bagi PELAN PEMASARAN HR adalah berdasarkan Konsep 3M: 
Mengguna/Menjual produk HR sekurang-kurangnya 60 PV setiap bulan
Menaja/Melantik prospek menyertai gabungan usahawan bebas anda
Melayan/Memberi Perkhidmatan yang terbaik kepada rakan usahawan dan pelanggan anda
Sebagai pengedar jumlah pendapatan anda adalah berdasarkan pencapaian anda sendiri serta rangkaian tajaan anda dalam penjualan produk HR. Oleh itu, jika anda menjual barangan dan pada masa yang sama membantu rangkaian anda menduplikasi usaha penjualan dan penajaan, maka anda dapat mencapai kejayaan melalui cara yang lebih pasti dan teratur.
Di bawah PELAN PEMASARAN HR yang dirangka dengan teliti ini, sebahagian besar keuntungan syarikat disalurkan kepada pengedar yang layak diiktiraf.
Setiap pengedar akan mendapat faedah melalui bonus-bonus dan insentif yang disediakan dalam ”Pelan Pemasaran A” dan ”Pelan Pemasaran B” oleh pihak syarikat. Bonus dan insentif adalah seperti berikut:
KEUNTUNGAN RUNCIT (UR)
BONUS KEMAJUAN KUMPULAN (BKK)
BONUS KEMAJUAN EKSEKUTIF (BKE)
BONUS KEMAJUAN GENERASI (BKG)
BONUS JUALAN SYARIKAT (BJS)
BONUS KORPORAT (BK)
BONUS UNILEVEL (BU)
BONUS KEPIMPINAN BINTANG (BKB)
BONUS INFINITI (BI)
BONUS KHAS (HRC dan STOKIS)
INSENTIF KENAIKAN PANGKAT (IKP)
INSENTIF PERKEMBANGAN RANGKAIAN (IPR)
 
Sebagai syarat asas untuk menikmati bonus dan insentif, anda mestilah mengekalkan belian peribadi sebanyak 60 PV (layak mendapat BKK, BKE dan IPR sahaja). Manakala, untuk keseluruhan bonus dan insentif, anda hanya perlu mengekalkan belian peribadi sebanyak 160 PV. 

  1. Senarai Bonus yang layak diperolehi sekiranya pengedar mengekalkan Belian Peribadi 60PV sahaja.
  1. Senarai Bonus yang layak diperolehi sekiranya pengedar mengekalkan Belian Peribadi 160PV.
KEAHLIAN
Yuran Keahlian:
Semenanjung Malaysia RM 40.00
Sabah/Sarawak RM 45.00

SISTEM GANJARAN
1. UNTUNG RUNCIT (± 20%)
Untung Runcit merupakan keuntungan segera yang diperolehi oleh pengedar setelah penjualan produk kepada pelanggan. 
PELAN PEMASARAN ’A’

2. BONUS KEMAJUAN KUMPULAN (20%)
Pengiraan Bonus Kemajuan Kumpulan ini dihitung secara terkumpul (himpunan) dari bulan ke bulan tanpa had masa, sehinggalah mencapai 3000 PV bagi kelayakan status Eksekutif pada tahap 20% Bonus Kemajuan Eksekutif.
Pembayaran Bonus Kemajuan Kumpulan ini dilakukan setiap bulan kepada pengedar yang mengekalkan belian peribadi 60 PV (minima) dalam bulan berkenaan.

3. BONUS KEMAJUAN EKSEKUTIF (45%)


Bonus Kemajuan Eksekutif dikira berdasarkan posisi Executive, Ruby Manager, Pearl Manager, Sapphire Director, Emerald Director dan Diamond Director pada tahap di antara 20% hingga 45% seperti jadual di atas.

Pembayaran Bonus Kemajuan Kumpulan ini dilakukan setiap bulan kepada pengedar yang mengekalkan belian peribadi 60 PV (minima) dalam bulan berkenaan.


4. BONUS KEMAJUAN GENERASI (20%)
Bonus Kemajuan Generasi dibayar sehingga 20% dan ia dikira berdasarkan posisi dan peratus meliputi generasi pertama hingga generasi kelapan (G1 hingga G8).
Syarat kelayakan bonus ini ialah pengedar perlu mencapai posisi ”Eksekutif” dan keatas serta mengekalkan belian peribadi 160 PV (minima) dan mempunyai pengedar yang berpangkat di dalam rangkaiannya. Sila rujuk jadual di bawah:

5. BONUS JUALAN SYARIKAT
Pembayaran Bonus Jualan Syarikat sebanyak 2% hanya layak untuk pengedar yang mencapai posisi Diamond Director (DD). Syarikat akan mengambil 2% daripada jumlah jualan PV keseluruhan syarikat.
Pembayaran Bonus Jualan Syarikat akan dilakukan pada setiap bulan kepada Diamond Director yang mengekalkan belian peribadi 160 PV (minima). 
Bonus Jualan Syarikat:
= (Jumlah PV Jualan Syarikat X 2%) X Jumlah PV Kumpulan Peribadi DD
---------------------------------------------------------------------------------------
Jumlah PV Jualan keseluruhan DD

6. INSENTIF KENAIKAN PANGKAT (RM 1,000)
Insentif ini merupakan satu bentuk ganjaran kepada pengedar yang berusaha untuk mencapai pangkat Ruby Manager (RM), Pearl Manager (PM), Sapphire Director (SD), Emerald Director (ED) dan Diamond Director (DD).
Syarat kelayakan bagi Insentif Kenaikan Pangkat (IKP):
1) Insentif ini dibayar kepada pengedar setiap kali berlakunya kenaikan pangkat. DAN
2) Ahli perlu mencapai PV kumpulan sebanyak 4000 PV pada bulan semasa beliau mencapai posisi pangkat. DAN
3) Ahli perlu mengekalkan Belian Peribadi sebanyak 160 PV
 
Contoh:


7. INSENTIF PERKEMBANGAN RANGKAIAN (IPR)
Insentif yang diberikan kepada pengedar berdasarkan promosi yang dianjurkan oleh syarikat dari semasa ke semasa.

8. BONUS KORPORAT (5%)
Bonus ini diberi kepada pengedar yang telah mencapai posisi yang tertinggi dalam Pelan Pemasaran ini iaitu Diamond Director.
Syarat kelayakan bonus ini adalah seperti berikut:
1) Diberi kepada Diamond Director yang mewujudkan posisi Diamond
Director di bawah kumpulannya.
2) Sila rujuk rajah dan jadual di bawah:
Contoh:


** PV Kumpulan Peribadi adalah jumlah PV Jualan daripada jaringan kumpulan peribadi yang belum mencapai posisi DD dan jaringan kumpulan peribadi sehingga wujudnya pengedar yang mencapai posisi DD.
Pembayaran Bonus Korporat akan dilakukan pada setiap bulan kepada Diamond Director yang mengekalkan belian peribadi 160 PV.

9. BONUS STOKIS

Bonus ini diberi kepada HR Centre dan Stokis
HR Centre - 13 % (Jumlah PV Jualan)
Stokis - 8 % (Jumlah PV Jualan)
Pembayaran Bonus Stokis akan dilakukan pada setiap bulan kepada stokis yang mengekalkan belian peribadi 160 PV.

0 comments:

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008